Friday, June 11, 2010

e-Recruitment Sarawak


Syarat Memohon:
1.1 Semua permohonan boleh dikemukakan SECARA TALIAN (ONLINE) melalui laman web http://www.e-recruitment.gov.my.
Laman web lain yang boleh dilayari ialah:-
a) http://www.psc.sarawak.gov.my
b) http://www.sarawak.gov.my
c) http://www.emoss.com.my
1.2 Untuk pemohon yang mendaftar secara dalam talian (online) (termasuk pemohon di kalangan pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat) yang memohon jawatan yang diiklankan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (nombor iklan yang bermula dengan huruf ‘S’, contohnya S01A2008) tidak perlu mengemukakan sebarang salinan sijil/dokumen. Pemohon adalah dipohon untuk mengemukakan semua salinan asal serta fotokopi sijil atau dokumen (yang telah disahkan) hanya sekiranya berjaya dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Untuk jawatan kosong yang diiklankan oleh jabatan/kementerian lain (nombor iklan bermula dengan huruf ‘J’, contohnya J01A2008), sila rujuk Jadual A di bawah untuk keterangan lanjut.
Jadual A: Panduan Penghantaran Salinan Sijil/Dokumen Ke Jabatan/Kementerian oleh Pemohon
Bil. Jabatan Penghantaran salinan sijil/dokumen ke jabatan pengiklan
1. Unit Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Ketua Menteri Negeri Sarawak X
2. Jabatan Pertanian, Sarawak X
3. Jabatan Pengairan dan Saliran, Sarawak
4. Jabatan Kerja Raya, Sarawak
5. Jabatan Tanah dan Survei, Sarawak
6. Jabatan Kebajikan Masyarakat, Sarawak X
7. Jabatan Agama Islam, Sarawak X
8. Jabatan Kehakiman Syariah, Sarawak X
9. Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam
10. Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber
11. Kementerian Pembangunan Perindustrian X
12. Kementerian Pembangunan Bandar dan Pelancongan X
13. Majlis Islam Sarawak X
14. Pejabat Mufti Negeri X
15. Kamar Peguam Besar Negeri
16. Unit Audit Dalam X
17. Jabatan Perbendaharaan Negeri X
18. Lembaga Air Kuching
19. Pustaka Negeri Sarawak X
Tanda ‘X’ menunjukkan pemohon tidak perlu mengemukakan sebarang salinan sijil/dokumen ke jabatan/kementerian yang mengiklan jawatan kosong dalam Sistem e-Recruitment manakala tanda ‘✓’ menunjukkan pemohon perlu mengemukakan salinan sijil/dokumen ke jabatan/kementerian yang mengiklan.
Dokumen/sijil (asal dan salinan) yang perlu dibawa semasa menghadiri temuduga adalah seperti berikut:-
a) Kad Pengenalan
b) Sijil Lahir
c) Sijil – sijil Akademik
d) Sijil Berhenti Sekolah
e) a)Surat Sokongan Ketua Jabatan (untuk pegawai kerajaan sedang berkhidmat)
f) Rekod Perkhidmatan (untuk pegawai kerajaan sedang berkhidmat)
g) Lain-lain dokumen/sijil yang perlu dan ada kaitan dengan permohonan
2. Keterangan Am:
2.1 Urusan pengambilan akan dilaksanakan apabila terdapat kekosongan jawatan yang dilaporkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak atau jabatan/kementerian yang mengiklankan jawatan kosong masing-masing.
2.2 Hanya calon-calon yang mendaftar dan melepasi tapisan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (atau jabatan/kementerian yang mengiklan jawatan kosong) akan dipanggil temuduga. Pemohon boleh menyemak status permohonan masing-masing di laman web yang tersebut di atas atau menghubungi jabatan/kementerian yang mengiklan.
2.3 Hanya pemohon yang berjaya semasa temuduga sahaja akan dimaklumkan melalui surat tawaran manakala pemohon yang gagal tidak akan dimaklumkan melalui surat.
2.4 Maklumat lengkap mengenai jawatan kosong dan syarat-syarat kelayakan boleh didapati melalui laman web http://www.e-recruitment.gov.my atau melalui laman-laman web beralamat seperti berikut:-
a) http://www.psc.sarawak.gov.my
b) http://www.sarawak.gov.my
c) http://www.emoss.com.my
atau dalam Buku Panduan Memohon Jawatan Dalam Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Tempatan yang dapat diperolehi dalam Pekej Borang SPA Negeri 2.
3. Tarikh Tutup Permohonan:
3.1 Sila semak tarikh tutup jawatan kosong terbuka melalui laman web http://www.e-recruitment.gov.my atau melalui iklan jawatan kosong yang diiklankan dalam akhbar-akhbar tempatan.
4. Cara Memohon:
4.1 Sekiranya anda pemohon yang mendaftar buat pertama kali;
(i) Klik ke butang 'Pemohon Baru'
(ii) Isi kata laluan yang akan digunakan untuk log masuk ke dalam sistem e-recruitment. (Sila pastikan kata laluan yang dipilih adalah selamat dan senang diingat oleh pemohon sendiri tetapi tidak mudah dijangka oleh orang lain)
(iii) Lengkapkan semua maklumat dalam borang pendaftaran termasuk alamat e-mel
(iv) Klik butang 'Hantar'
Pemohon akan menerima notis pemberitahuan dalam skrin komputer memaklumkan ID Pengguna untuk pemohon dan pengesahan pendaftaran. Sila simpan dengan cermat ID Pengguna yang telah diberikan.
(v) Klik butang 'sini' untuk akses ke maklumat peribadi pemohon dan lengkapkan semua maklumat yang lain seperti berikut:-

  • Maklumat Peribadi
  • Penyenaraian Jawatan Yang Diminati
  • Maklumat Persekolahan/Pengajian Tinggi
  • Keterangan-Keterangan Lain
  • Butir – Butir Keluarga
  • Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat
    (Diisi oleh pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan sahaja)
  • Muat Naik Salinan Dokumen
    (Maksimum 5 salinan dokumen dibenarkan, dalam format JPEG (.jpg atau .jpeg) atau GIF (.gif) dan tidak boleh melebihi saiz 500K bait
  • (vi) Klik butang 'Permohonan' dan kemudian klik ke 'Permohonan online' untuk memohon jawatan kosong yang diiklankan. Pilih nombor iklan dari senarai dan klik butang 'Hantar'. Anda boleh memohon lebih daripada satu (1) jawatan kosong.
    (vii) Sekiranya pemohon ingin menyemak status permohonan, klik butang 'Permohonan' dan kemudian klik ke 'Status Permohonan'.
    Sekiranya status permohonan masih 'Baru', bermakna jawatan tersebut masih belum diproses ATAU jabatan yang mengiklan memproses jawatan kosong secara manual (pemohon boleh menghubungi jabatan yang mengiklan untuk mengetahui status sebenar)
    Sekiranya status permohonan bertukar 'Ditapis', bermakna permohonan disenarai pendek dan mungkin akan dipanggil untuk temuduga. Sila klik ke butang 'Temuduga' kemudian pilih 'Semak Jadual Temuduga' untuk pengesahan panggilan temuduga. Status 'Ditapis' tidak semestinya dipanggil temuduga.
    Sekiranya status permohonan bertukar 'Sudah Diproses/Tidak Ditemuduga', bermakna permohonan tidak menepati kriteria senarai tapis pihak berkuasa melantik dan tidak disenarai pendek/tidak terpilih untuk ditemuduga.
    (viii) Klik butang 'KELUAR' setelah selesai mendaftar dan memohon.
    4.2 Sekiranya anda pemohon yang telah mendaftar dan hanya ingin memohon jawatan kosong yang sedang diiklankan;
    (i) Masukkan ID Pengguna yang telah diterima semasa pendaftaran dan Kata Laluan yang dipilih oleh pemohon sebelum ini.
    (ii) Ulang langkah 4.1 (vi) dan (vii)
    (iii) Klik butang 'KELUAR' setelah selesai memohon.
    4.3 Sekiranya anda pemohon yang telah mendaftar dan hanya ingin mengemaskini maklumat baru dalam sistem e-recruitment;
    (i) Masukkan ID Pengguna yang telah diterima semasa pendaftaran dan Kata Laluan yang dipilih oleh pemohon sebelum ini.
    (ii) Kemaskini maklumat yang ingin ditukar dan klik butang 'Hantar' setiap kali selepas mengemaskini.
    (iii) Klik butang 'KELUAR' setelah selesai mengemaskini.
    Nota:

  • Sila simpan dengan cermat dan teliti ID Pengguna yang telah diberi oleh sistem dan Kata Laluan yang telah dipilih oleh pemohon sendiri semasa pendaftaran untuk digunakan log masuk ke sistem pada masa akan datang. Kegagalan berbuat demikian akan menyulitkan pemohon log masuk semula ke dalam sistem.

  • Adalah dimaklumkan bahawa 'Maklumat Penyenaraian Jawatan Yang Diminati' yang diisi dalam sistem e-recruitment oleh pemohon TIDAK bermaksud bahawa sebarang jawatan kosong yang diiklankan akan dipohon untuk pemohon secara automatik.
    Pemohon akan dimaklumkan melalui e-mel sekiranya jawatan yang diisi dalam 'Maklumat Penyenaraian Jawatan Yang Diminati' sama dengan jawatan kosong yang sedang diiklankan dan pemohon dikehendaki MEMOHON secara online (rujuk langkah 4.1 (vi) sekiranya berminat untuk memohon.

    No comments:

    Post a Comment