Program Inkubator Usahawan Belia Tani (IUBT)
Latar Belakang
Program Inkubator Usahawan Belia Tani (IUBT) merupakan satu program yang memberi latihan kepada belia tani, bertujuan untuk membimbing dan memberi pengalaman secara ‘hands-on’ berkenaan ilmu pertanian di ladang. Program ini telah dimulakan seawal tahun 2003 dengan melibatkan hanya 2 buah pusat program. Berikutan daripada penting dan berfaedahnya program ini dalam menjana pertumbuhan sektor pertanian negara, sehingga kini sebanyak lima (5) buah pusat telah dipertanggungjawabkan untuk mengadakan program inkubator usahawan belia tani ini.
Mereka yang terpilih untuk menjadi peserta program akan melalui satu tempoh ‘incubation’ selama lapan bulan, sebelum menceburkan diri dalam projek komersial sendiri di Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (Projek TKPM) Jabatan Pertanian atau tanah sendiri. Di bawah Projek TKPM, bekas peserta inkubator akan diberi peluang untuk mengusahakan sendiri projek pertanian seperti penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran. Adalah dijangka, di akhir tempoh projek nanti, peserta akan memperolehi kemahiran teknikal, kemahiran keusahawanan dan juga dapat membangunkan ‘networking’ dan kontak perniagaan di kalangan usahawan.
Lokasi-lokasi bagi program Inkubator Usahawan Belia Tani ini adalah:
* Institut Pertanian Serdang, Selangor
* Pusat Kecemerlangan Serdang, Selangor
* Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang
* Institut Pertanian Titi Gantong, Perak
* Pusat Latihan Pembangunan dan Pengembangan, Besut, Terengganu.
umpulan Sasar
* Graduan Institut Pertanian
* Graduan IPTA/IPTS
* Belia Tani
* Orang awam yang berminat
* Pesara tentera / polis
Syarat Kemasukan
* Warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 35 tahun (kecuali pesara tentera)
* Mempunyai sijil SPM atau SPMV atau setaraf dengannya.
Jangkamasa Program
Program ini dijalankan secara sepenuh masa dan para peserta perlu mengambil masa 8 bulan bagi melengkapi program ini.
Kemudahan
* Tempat tinggal dan makan disediakan.
* Elaun sara hidup diberi.
Kandungan Latihan
* Pengenalan Program Inkubator.
* Pelan Perniagaan.
* Jentera/mesin kecil pertanian.
* Pelaksanaan projek tanaman terbuka.
* Pelaksanaan projek tanaman sistem fertigasi dan struktur pelindung hujan.
* Pelaksanaan projek tanaman menggunakan struktur kalis serangga.
* Rekod ladang.
* Pemasaran Keusahawanan.
* Lawatan sambil belajar.
* Penyediaan cadangan projek selepas kursus.
Prosedur Permohonan
Pengambilan peserta program akan diiklankan di akhbar utama tempatan sekali setiap tahun. Mereka yang berminat boleh memohon setelah iklan dikeluarkan. Borang permohonan boleh diperolehi secara percuma di:
* Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pertanian, Putrajaya
* Institut-institut Pertanian Semenanjung Malaysia
o Institut Pertanian Serdang, Selangor
o Institut Pertanian Bumbong Lima,
o Institut Pertanian Titi Gantong, Perak
o Institut Pertanian Kuala Lipis
o Institut Pertanian Ayer Hitam
* Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian Negeri.
Borang permohonan boleh diperolehi di:
Pengarah
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia
Jabatan Pertanian, Aras 13, Wisma Tani
Lot 4G2, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62632 Putrajaya
(U. P : Timbalan Pengarah, Seksyen Latihan Kemahiran)
Pemohon yang layak untuk ditemu duga dan berjaya menyertai program ini akan dimaklumkan melalui surat tawaran.
PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,
ReplyDelete