Pengenalan
Program pembangunan usahawan siswazah ialah sebuah program yang bertujuan untuk melahirkan usahawan-usahawan bumiputera dari kalangan siswazah supaya mereka berkeyakinan, mempunyai daya saing yang tinggi dalam bidang pemasaran pertanian dan akhirnya menjadi usahawan tani yang berdaya maju dan boleh menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Program ini telah diilhamkan di FAMA oleh Y. Bhg. Pengerusi FAMA Datuk Badaruddin Amiruddin pada ucapan sulung beliau pada 19 Jun 2008 sebagai Pengerusi FAMA yang baru..
Dengan menyertai program ini, peserta berpeluang untuk memperolehi ilmu pengetahuan yang berguna mengenai pengurusan pemasaran hasil pertanian dan mengamalkannya sewaktu didedahkan kepada operasi pemasaran yang sebenar.
2. Objektif
Objektif program pembangunan usahawan siswazah adalah seperti berikut:
i. mewujudkan usahawan perniagaan tani siswazah
ii. mewujudkan peluang perniagaan kepada siswazah
iii. mengurangkan pengangguran
3. Konsep
Pembangunan usahawan siswazah adalah program yang padat, mantap dan berpakej meliputi aspek latihan dan bimbingan projek, pemilihan projek mengikut keupayaan siswazah, sumber pembiayaan bagi memulakan projek serta pemantauan projek:
4. Nama projek
Sebanyak 7 projek telah dikenalpasti dan adalah seperti berikut;
i. Menjadi usahawan pasar tani.
ii. Menjadi usahawan Gerai Buah-buahan Segar (GBBS)
iii. Menjadi pembekal komoditi segar
iv. Menjadi pengedar barangan makanan proses
v. Menjadi pembekal puyuh dan ikan air tawar (keli, tilapia dan patin)
vi. Membekalkan laboran pasaran dan terjemahan
vii. Menjadi promoter jualan
5. Peringkat Pelaksanaan Program
Peringkat pelaksanaan program terdiri daripada lima peringkat.seperti berikut:
i. Peringkat pendaftaran dan pemilihan peserta.
ii. Peringkat latihan asas dan lanjutan
iii. Peringkat pelaksanaan projek
iv. Peringkat pemantauan
v. Peringkat penilaian.
6. Pelaksanaan Program
Projek ini akan di laksanakan oleh Bahagian masing-masing dan melaporkan kemajuan projek kepada Jawatankuasa Program Pembangunan Usahawan Siswazah. Bahagian itu adalah seperti berikut
6.1 Bahagian Pembangunan Usahawan dan Pemborongan
i. Menjadi usahawan pasar tani. Maklumat lanjut adalah seperti di Lampiran 1.
ii. Menjadi usahawan Gerai Buah-buahan Segar (GBBS). Maklumat lanjut adalah seperti di Lampiran 2.
6.2 Bahagian Pemasaran Segar
i. Menjadi pembekal komoditi segar. Maklumat lanjut adalah seperti di Lampiran 3.
6.3 Bahagian Pemasaran Proses
i. Menjadi pengedar barangan makanan proses. Maklumat lanjut adalah seperti di Lampiran 4.
6.4 Bahagian Pemasaran Ternakan dan Akuakultur
i. Menjadi pembekal puyuh dan ikan air tawar (keli, tilapia dan patin). Maklumat lanjut adalah seperti di Lampiran 5.
6.5 Bahagian Informasi, komunikasi dan Teknologi
i. Membekalkan laporan pasaran dan terjemahan. Maklumat lanjut adalah seperti di Lampiran 6.
6.6 Bahagian Penjenamaan dan Galakan Pasaran
i. Menjadi promoter jualan. Maklumat lanjut adalah seperti di Lampiran 7.
7. Latihan dan Bimbingan
Latihan dan bimbingan meliputi 2 peringkat yang mengambil jumlah masa 1 minggu seperti berikut:
i. Kursus Asas Keusahawanan yang mengandungi pengenalan projek, sumber pembiayaan projek, motivasi, pelan perniagaan dan kewangan yang dijangka akan mengambil masa 3 hari
ii. Kursus Lanjutan bagi melaksanakan setiap projek mengikut projek berikut:
Pasar Tani dan GBBS
Pembekalan Segar
Pengedaran Barangan Proses
Pembekalan Puyuh dan Ikan Air Tawar
Pembekalan laporan dan terjemahan
Perkhidmatan promoter jualan
Kursus ini dijangka akan mengambil masa 1 hingga 2 hari bagi setiap bidang
8. Sumber Pembiayaan
FAMA akan membiayai kursus asas dan kursus lanjutan terdiri daripada penginapan dan makan minum sewaktu kursus daripada sumber kewangan yang akan ditentukan oleh Bahagian Perancang Korporat.
Sumber modal bagi memulakan sesuatu projek oleh usahawan siswazah adalah menggunakan sumber bank yang berkenaan.
9. Syarat permohonan
i. Siswazah yang mempunyai kelayakan Ijazah Diploma dan Sijil Kemahiran dan tiada had umur ditetapkan.
ii. Sanggup menyertai latihan program sepenuh masa
iii. Mempunyai sikap dan nilai usahawanan
Borang Permohonan
Siswazah boleh menyertai program ini dengan menggunakan borang program pembangunan usahawan siswazah yang boleh dimuat turun melalui www.fama.gov.my
Borang permohonan hendaklah dihantar kepada alamat berikut:
Urusetia Program Pembangunan Usahawan Siswazah
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Bangunan FAMA Point, Lot 17304, Jalan Persiaran Satu
Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves
Selangor
(U.P: Tn. Hj. Jasmi Saadun)
No. Tel : 03 61262020
No. Fax: 03 61383650/61385200
Emel: jasmi@fama.gov.my
No comments:
Post a Comment