PENGENALAN
Program TUNAS MEKAR telah dilaksanakan di FELDA sejak tahun 2006 dan ianya merupakan cetusan idea Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia. Sehingga kini FELDA telah berjaya membimbing 46 orang siswazah dikalangan anak peneroka menjadi usahawan. Diantara bidang keusahawanan yang telah dijalankan adalah tanaman komersial seperti cili dan serai, cendawan tiram, perkhidmatan cybercafe, restoran, akuakultur, jahitan dan butik & spa.
OBJEKTIF
1. Mewujudkan usahawan dikalangan siswazah yang terdiri daripada anak-anak peneroka
2. Menaik taraf dan mengimarahkan aktiviti ekonomi di rancangan
3. Menggalakkan generasi kedua FELDA untuk menetap di rancangan
PELAKSANAAN
Program ini dilaksanakan bermula pada awal tahun bagi tempoh sepuluh (10) bulan. Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:
1. Berumur tidak melebihi 28 tahun pada tarikh permohonan
2. Bujang
3. Tidak mempunyai pekerjaan tetap
4. Mempunyai Ijazah / Diploma daripada universiti yang diiktiraf
5. Berminat untuk menjadi usahawan / telah menjalankan perniagaan
6. Perlu menyediakan pelan perniagaan
7. Perniagaan beroperasi di rancangan FELDA
8. Anak /cucu peneroka FELDA dan menetap di rancangan
Borang permohonan boleh didapati di laman web ini. Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Jabatan Pembangunan Usahawan
Emel: khadijah.mr@felda.net.my atau aminah.my@felda.net.my
Tel: 03-26935066 sam. 451/462
Permohonan dibuka pada bulan Disember setiap tahun.
http://www.felda.net.my/feldav2/bm/usahawan/tunas-mekar
No comments:
Post a Comment