Friday, June 11, 2010

Kursus Kemahiran Keusahawanan Pemprosesan Makanan (Pusat Bimbingan Usahawan Jabatan Pertanian )

PENGENALAN

Kursus Keusahawanan Kemahiran Pemprosesan Makanan telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian bermula pada tahun 2002 untuk melahirkan usahawan muda yang menceburkan diri secara serius dalam perniagaan asas tani seperti makanan sejuk beku, bakeri, produk-produk berasaskan kelapa dan produk-produk berasaskan buah-buahan.

PELAKSANAAN
Kursus akan dijalankan secara hands-on untuk memastikan peserta benar-benar mahir dari segi teknikal pengeluaran produk yang bermutu, komersil dan menepati standard GMP (Amalan Pengilangan Yang Baik). Di samping itu, peserta akan didedahkan dengan kaedah menjalankan perniagaan yang profesional terutama dalam aspek keusahawanan, pengurusan kewangan, pengurusan pemasaran dan penyediaan Rancangan Perniagaan.

Peserta juga akan menjalani program dampingan di premis usahawan yang telah maju di bawah bimbingan Jabatan Pertanian.

PENGAMBILAN PESERTA
Pengambilan peserta dibuat setahun sekali dan akan diiklankan di akhbar utama tempatan. Mereka yang berminat boleh memohon setelah iklan dikeluarkan.

TEMPOH KURSUS
Jangkamasa kursus ialah selama enam (6) bulan secara sepenuh masa.

KEMUDAHAN DISEDIAKAN
Tempat tinggal sepanjang tempoh kursus.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

* Warganegara Malaysia
* Berumur antara 20-40 tahun
* Jantina lelaki dan perempuan
* Berkelulusan sekurang-kurangnya SPM/SPMV
* Tinggal di asrama sepanjang tempoh kursus
* Sihat tubuh badan
* Berminat untuk meneruskan projek selepas tamat kursus

TEMPAT-TEMPAT LATIHAN

Kursus dijalankan di tujuh (7) buah Pusat Bimbingan Usahawan mengikut pengkhususan yang telah ditetapkan seperti berikut:
Bil Pusat Bimbingan Usahawan Pengkhususan
1 PBU Serdang, Selangor Sejuk Beku (Cth : Karipap, pizza, pie, roti canai, donut, kasturi, roti bom)
2 PBU Ayer Hitam, Johor Bakeri (Cth : Pelbagai jenis roti, kek, pastri dan biskut)
3 PBU Manong, Perak Bakeri & Sejuk Beku (Asas Kelapa) (Cth : Kerisek, santan, dodol, serikaya, biskut kelapa, pes rendang, candy kelapa)
4 PBU Teluk Chengai, Kedah Bakeri & Sejuk Beku (Cth : Gabungan produk sejuk beku dan bakeri)
5 PBU Ajil, Terengganu Hasilan Buah-Buahan (Cth : Jem buah-buahan, kordial, puree)
6 PBU Pagoh, Johor (Baru) Hasilan Buah-Buahan (Cth : Jem buah-buahan, kordial, puree)
7 PBU Melor, Kelantan (Baru) Makanan Ringan (Cth :Pelbagai kerepek Dan Kuih Tradisional seperti Meruku,Rempeyek,Buah Rotan,Denderam Dll)

MAKLUMAT LANJUT
Bahagian Pengembangan Pertanian dan Industri Asas Tani
Jabatan Pertanian
Wisma Tani, Aras 8, No. 30, Persiaran Perdana
Jabatan Pertanian,
Presint 4
62624 Putrajaya.
Tel: 88703553 / 3544 / 3539
(Pn. Maznahwati / Pn. Rafidah Ibrahim /Pn. Zaharina Hassan)
Website: http://www.doa.gov.my

1 comment:

  1. Saya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.

    ReplyDelete